22 Antara orang yang dibunuh oleh umat Israel ialah Bileam anak Beor, tukang tilik itu.
23 Sungai Yordan menjadi sempadan wilayah Ruben di sebelah barat. Itulah semua kota dan pekan yang diberikan kepada semua keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.
24 Musa juga telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Gad sebagai milik mereka.
25 Wilayah mereka meliputi Yaezer, semua kota Gilead, separuh daripada tanah Amon sampai ke Aroer di sebelah timur Raba.
26 Tanah mereka terbentang luas dari Hesybon ke Ramat-Mizpa dan Betonim, dari Mahanaim sampai ke sempadan Lodebar.
27 Di Lembah Yordan, wilayah itu meliputi Bet-Haram, Bet-Nimra, Sukot, dan Zafon, iaitu kawasan lain kerajaan Raja Sihon dari Hesybon. Di sebelah barat, sempadan wilayah itu ialah Sungai Yordan, sampai ke Tasik Galilea di utara.
28 Itulah semua kota dan pekan yang diberikan kepada semua keluarga suku Gad sebagai milik mereka.