29 Musa juga telah memberikan sebahagian tanah kepada semua keluarga dalam setengah daripada suku Manasye sebagai milik mereka.
30 Wilayah mereka meliputi Mahanaim dan seluruh Basan, iaitu seluruh kerajaan Raja Og dari Basan, termasuk enam puluh buah kampung Yair di daerah Basan.
31 Kawasan mereka juga meliputi separuh daerah Gilead termasuk Asytarot dan Edrei, dua buah ibu kota kerajaan Raja Og di daerah Basan. Seluruh kawasan itu diberikan kepada separuh daripada keluarga-keluarga keturunan Makhir anak Manasye.
32 Begitulah cara Musa membahagikan tanah di sebelah timur Yerikho dan Sungai Yordan ketika dia di dataran rendah Moab.
33 Tetapi Musa tidak memberikan bahagian tanah mana pun kepada suku Lewi. Musa memberitahu mereka bahawa bahagian mereka adalah daripada korban-korban yang dipersembahkan kepada TUHAN, Allah Israel.