9 Wilayah mereka meliputi Aroer (di tepi lembah Sungai Arnon) dan kota yang di tengah-tengah lembah itu, termasuk semua dataran tinggi dari Medeba sampai ke Dibon.
10 Tanah mereka terbentang luas sampai ke sempadan Amon, termasuk semua kota yang diperintah oleh Raja Sihon, raja orang Amori, yang pernah memerintah di Hesybon;
11 termasuk juga daerah Gilead, daerah di sekitar Gesur dan Maakha, seluruh kawasan Gunung Hermon, dan seluruh daerah Basan sampai ke Salkha.
12 Tanah mereka meliputi kerajaan Raja Og, raja yang pernah memerintah di Asytarot dan Edrei. Raja Og ialah keturunan yang terakhir sekali daripada orang Refaim. Musa telah mengalahkan semua orang itu dan mengusir mereka.
13 Tetapi orang Israel tidak mengusir penduduk Gesur dan Maakha; mereka masih tinggal di Israel.
14 Musa tidak memberikan tanah kepada suku Lewi kerana menurut perintah TUHAN kepada Musa, mereka diberikan bahagian daripada korban-korban yang dibakar di atas mazbah untuk TUHAN, Allah Israel.
15 Musa telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.