1 Berikut ini ialah kisah tentang cara tanah Kanaan di sebelah barat Sungai Yordan dibahagi-bahagikan kepada umat Israel. Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para pemimpin daripada keluarga-keluarga suku Israel membahagi-bahagikan tanah itu.
2 Sebagaimana yang telah diperintahkan TUHAN kepada Musa, wilayah-wilayah di sebelah barat Sungai Yordan untuk suku-suku yang sembilan setengah itu, dibahagi-bahagikan dengan membuang undi.
3-4 Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan kepada suku-suku yang dua setengah. (Keturunan Yusuf terbahagi menjadi dua suku, iaitu Manasye dan Efraim.) Tetapi Musa tidak memberi suku Lewi tanah dari wilayah mana pun. Sebaliknya, mereka diberi kota-kota sebagai tempat tinggal dengan padang rumput untuk ternakan mereka.
5 Demikianlah umat Israel membahagi-bahagikan tanah itu sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.