1 Berikut ini ialah kisah tentang cara tanah Kanaan di sebelah barat Sungai Yordan dibahagi-bahagikan kepada umat Israel. Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para pemimpin daripada keluarga-keluarga suku Israel membahagi-bahagikan tanah itu.
2 Sebagaimana yang telah diperintahkan TUHAN kepada Musa, wilayah-wilayah di sebelah barat Sungai Yordan untuk suku-suku yang sembilan setengah itu, dibahagi-bahagikan dengan membuang undi.
3-4 Musa telah memberikan tanah di sebelah timur Sungai Yordan kepada suku-suku yang dua setengah. (Keturunan Yusuf terbahagi menjadi dua suku, iaitu Manasye dan Efraim.) Tetapi Musa tidak memberi suku Lewi tanah dari wilayah mana pun. Sebaliknya, mereka diberi kota-kota sebagai tempat tinggal dengan padang rumput untuk ternakan mereka.
5 Demikianlah umat Israel membahagi-bahagikan tanah itu sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.
6 Pada suatu hari, beberapa orang daripada suku Yehuda menghadap Yosua di Gilgal. Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepadanya, “Tuan tahu akan firman TUHAN kepada Musa, hamba Allah, tentang kita berdua semasa kita di Kades-Barnea.