12 yang menjadi sempadan di bahagian barat.Keluarga-keluarga suku Yehuda tinggal di dalam wilayah itu.
13 Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Yosua, sebahagian daripada wilayah Yehuda diberikan kepada Kaleb anak Yefune. Kaleb mendapat kota Hebron, milik Arba, iaitu bapa Enak.
14 Kaleb mengusir keturunan Enak, iaitu puak Sesai, Ahiman, dan Talmai keluar dari kota itu.
15 Dari sana Kaleb pergi menyerang orang yang tinggal di Debir. (Dahulu kota itu disebut Kiryat-Sefer.)
16 Kaleb berkata, “Aku akan mengahwinkan anak perempuanku, Akhsa, dengan orang yang berjaya merebut Kiryat-Sefer.”
17 Otniel anak Kenas, iaitu anak saudara Kaleb, berjaya merebut kota itu, lalu Kaleb mengahwinkan anak perempuannya, Akhsa dengan Otniel.
18 Pada hari perkahwinan itu, Otniel mendesak Akhsa supaya meminta sebidang tanah daripada bapanya. Akhsa turun dari keldainya, lalu Kaleb bertanya, “Apa yang engkau mahu?”