17 Otniel anak Kenas, iaitu anak saudara Kaleb, berjaya merebut kota itu, lalu Kaleb mengahwinkan anak perempuannya, Akhsa dengan Otniel.
18 Pada hari perkahwinan itu, Otniel mendesak Akhsa supaya meminta sebidang tanah daripada bapanya. Akhsa turun dari keldainya, lalu Kaleb bertanya, “Apa yang engkau mahu?”
19 Akhsa menjawab, “Saya mahu beberapa mata air. Tanah yang diberikan oleh ayah kepada saya itu terletak di kawasan tanah gersang.” Oleh itu Kaleb memberi dia mata air di sebelah hulu dan di sebelah hilir.
20 Berikut ini ialah tanah yang diterima oleh suku Yehuda sebagai milik mereka.
21 Kota-kota yang paling jauh di selatan, yang berhampiran sempadan Edom ialah: Kabzeel, Eder, Yagur,
22 Kina, Dimona, Adada,
23 Kedes, Hazor, Yitnan,