3 lalu menghala ke selatan dari Genting Akrabim sampai ke Zin. Sempadan itu melalui sebelah selatan Kades-Barnea, Hezron, lalu naik ke Adar, kemudian membelok ke arah Karka.
4 Dari situ sempadan itu sampai ke Azmon, lalu mengikut sungai kecil di sempadan Mesir sehingga sampai di Laut Tengah. Itulah sempadan bahagian selatan negeri Yehuda.
5 Sempadannya di sebelah timur adalah Laut Mati dan terus sampai ke teluk kecil laut itu, di muara Sungai Yordan.Sempadannya di sebelah utara bermula dari muara Sungai Yordan,
6 lalu naik ke Bet-Hogla, sampai ke utara rabung yang menghadap Lembah Yordan. Dari situ sempadan itu naik ke Batu Bohan (Bohan ialah anak lelaki Ruben),
7 dan dari Lembah Kesusahan naik ke Debir, lalu menghala ke utara ke arah Gilgal, yang berhadapan dengan Genting Adumim di bahagian selatan lembah itu. Dari situ sempadannya menuju ke mata air En-Semes, lalu ke En-Rogel,
8 kemudian naik melalui Lembah Hinom di sebelah selatan bukit, tempat letaknya Yerusalem, kota orang Yebusi. Dari situ sempadan itu menuju ke puncak bukit itu, di sebelah barat Lembah Hinom, iaitu di hujung bahagian utara Lembah Refaim.
9 Dari situ sempadan itu menuju ke mata air Neftoah, sampai ke kota-kota dekat Gunung Efron. Dari situ sempadan membelok ke arah Baala (iaitu Kiryat-Yearim),