3 Kemudian sempadan itu menuju ke sebelah barat, ke kawasan orang Yaflet, sampai ke kawasan Bet-Horon-Hilir. Dari situ sempadan itu menuju ke Gezer, lalu berakhir di Laut Tengah.
4 Itulah wilayah yang diterima oleh keturunan Yusuf, iaitu suku Efraim dan suku Manasye Barat, sebagai milik mereka.
5 Berikut ialah wilayah yang diterima oleh keluarga-keluarga suku Efraim: sempadannya bermula dari Atarot-Adar, menghala ke timur sampai ke Bet-Horon-Hulu.
6 Dari situ sempadan itu menuju ke Laut Tengah. Mikhmetat terletak di bahagian utara wilayah itu. Dari situ, di sebelah timur, sempadan membelok ke arah Taanat-Silo. Sempadan itu melalui kota Taanat-Silo di bahagian timur, lalu ke Yanoah.
7 Kemudian sempadan itu turun dari Yanoah ke Atarot dan Naharat, sampai ke Yerikho dan berakhir di Sungai Yordan.
8 Sempadan itu menghala ke barat bermula dari Tapuah sampai ke Sungai Kana, lalu berakhir di Laut Tengah. Itulah tanah yang diberikan kepada keluarga-keluarga suku Efraim sebagai milik mereka,
9 bersama dengan pekan-pekan dan kampung-kampung yang terletak di dalam wilayah Manasye, tetapi yang diberikan kepada suku Efraim.