1 Sebahagian daripada tanah di sebelah barat Sungai Yordan diberikan kepada beberapa keluarga keturunan Manasye, anak sulung Yusuf. Makhir, bapa Gilead, ialah anak lelaki sulung Manasye; Makhir juga seorang pahlawan. Oleh itu, daerah Gilead dan Basan di sebelah timur Sungai Yordan diberikan kepadanya.
2 Tanah di sebelah barat Sungai Yordan diberikan kepada keluarga suku Manasye yang lain: keluarga Abiezer, Helek, Asriel, Sikhem, Hefer, dan Semida. Mereka keturunan lelaki daripada Manasye anak Yusuf, dan mereka ketua-ketua keluarga.
3 Tetapi Zelafehad anak Hefer, cucu Gilead, (Gilead ialah anak Makhir, cucu Manasye), tidak mempunyai anak lelaki. Zelafehad cuma mempunyai anak perempuan. Nama mereka ialah Makhla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza.
4 Mereka menghadap Imam Eleazar, Yosua anak Nun, serta para pemimpin Israel, dan berkata, “TUHAN memerintah Musa supaya memberi kami bahagian tanah untuk menjadi milik kami seperti sanak saudara kami yang lelaki.” Oleh itu, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, mereka pun diberikan tanah bersama dengan beberapa orang saudara lelaki mereka.