48 Semua kota itu dan pekan-pekannya terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Dan.
49 Apabila umat Israel selesai membahagi-bahagikan tanah itu, mereka memberi Yosua anak Nun sebahagian tanah itu sebagai miliknya sendiri.
50 Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, mereka memberi Yosua kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di kawasan perbukitan Efraim. Yosua membina semula kota itu lalu menetap di sana.
51 Demikianlah Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para pemimpin daripada keluarga suku-suku Israel membahagi-bahagikan tanah itu dengan membuang undi di Silo, di pintu Khemah TUHAN untuk mengetahui kehendak TUHAN bagi mereka. Dengan demikian mereka menyelesaikan pembahagian tanah itu.