5 TUHAN, Allah kamu akan menyebabkan mereka berundur dan lari daripada kamu apabila kamu memerangi mereka. Kamu akan memiliki tanah mereka sebagaimana yang telah dijanjikan oleh TUHAN, Allah kamu.
6 Oleh itu, kamu harus bersungguh-sungguh mentaati dan melakukan segala sesuatu yang tercatat di dalam Kitab Taurat Musa. Jangan langgar satu pun daripada hukum itu.
7 Dengan demikian kamu tidak akan bergaul dengan bangsa-bangsa yang masih di kalangan kamu; kamu tidak akan menyebut nama dewa-dewa mereka dan tidak akan menggunakan nama-nama itu untuk bersumpah; kamu tidak akan bersembahyang atau bersujud kepada dewa-dewa itu.
8 Sebaliknya, setialah kepada TUHAN sebagaimana kamu telah setia kepada-Nya sampai sekarang.
9 TUHAN telah mengusir bangsa-bangsa yang besar dan kuat apabila kamu memerangi mereka; tidak pernah seorang pun berjaya menentang kamu.
10 Satu orang di kalangan kamu dapat mengalahkan seribu orang musuh, kerana TUHAN, Allah kamu berperang untuk kamu sebagaimana yang dijanjikan-Nya.
11 Oleh itu, kamu harus bersungguh-sungguh mengasihi TUHAN, Allah kamu.