21 Apabila Yosua dan anak buahnya nampak bahawa pasukan yang lain telah merebut kota itu dan membakarnya, mereka berpatah balik dan mula membunuh orang Ai.
22 Orang Israel yang di kota itu pun datang dan turut menyerang mereka. Oleh itu orang Ai dikepung oleh orang Israel, lalu semua orang Ai dibunuh. Tiada seorang pun dapat melarikan diri dan tiada sesiapa pun terselamat
23 kecuali raja Ai. Baginda ditangkap dan dibawa kepada Yosua.
24 Orang Israel membunuh semua musuh yang mengejar mereka di tanah gersang. Kemudian orang Israel kembali ke kota Ai dan membunuh semua orang di sana.
25-26 Yosua terus mengacungkan tombaknya ke arah Ai dan tidak menurunkan tangannya sehingga semua orang di kota itu telah dibunuh. Semua penduduk Ai dibunuh pada hari itu; semuanya berjumlah 12,000 orang lelaki dan perempuan.
27 Umat Israel menyimpan ternakan dan barang jarahan dari kota itu untuk diri mereka sendiri, menurut perintah TUHAN kepada Yosua.
28 Yosua membakar kota Ai dan membiarkannya menjadi reruntuhan. Keadaan kota itu masih begitu sampai hari ini.