4 Oleh itu mereka bercadang untuk menipu Yosua. Mereka mengambil makanan dan memuat keldai-keldai mereka dengan karung-karung yang usang dan kirbat kulit yang bertampal.
5 Mereka memakai kasut lama yang bertampal dan pakaian yang koyak-koyak. Mereka membawa roti yang kering dan berlapuk.
6 Kemudian mereka pergi ke perkhemahan di Gilgal dan berkata kepada Yosua serta orang Israel, “Kami datang dari negeri jauh. Tolong buat perjanjian dengan kami.”
7 Tetapi orang Israel berkata, “Mengapa kami harus membuat perjanjian dengan kamu? Mungkin kamu tinggal di sekitar sini.”
8 Mereka berkata kepada Yosua, “Kami hamba tuan.”Yosua bertanya kepada mereka, “Siapakah kamu? Dari manakah kamu?”
9 Kemudian mereka menceritakan kisah ini, “Tuan, kami berasal dari negeri yang sangat jauh. Kami datang kerana kami mendengar tentang TUHAN, Allah tuan. Kami telah mendengar segala sesuatu yang dilakukan-Nya di Mesir,
10 dan apa yang dilakukan-Nya terhadap dua orang raja Amori di sebelah timur Sungai Yordan: Raja Sihon penguasa Hesybon dan Raja Og penguasa Basan yang tinggal di Asytarot.