10 Kemudian Yunus menceritakan bahawa dia melarikan diri daripada TUHAN.Mendengar hal itu para anak kapal menjadi lebih takut lagi, dan berkata kepadanya, “Perbuatanmu itu sungguh dahsyat!”
11 Sementara itu angin ribut semakin kencang, lalu para anak kapal bertanya kepada Yunus, “Apakah yang harus kami lakukan kepadamu supaya angin ribut ini reda?”
12 Yunus menjawab, “Buanglah aku ke dalam laut, lalu angin ribut tentu akan reda. Aku tahu bahawa akulah yang menyebabkan angin ribut yang dahsyat ini menimpa kamu semua.”
13 Tetapi para anak kapal masih berusaha sedaya mungkin untuk mendayung kapal itu ke daratan. Namun angin ribut makin mengamuk juga, sehingga usaha mereka sia-sia belaka.
14 Oleh itu mereka berseru kepada TUHAN, “Ya TUHAN, kami mohon, janganlah binasakan kami kerana mengambil nyawa orang yang tidak melakukan kesalahan apa-apa pun terhadap kami. Ya TUHAN, Engkaulah yang bertanggungjawab atas semua hal ini; inilah perbuatan-Mu.”
15 Kemudian mereka melemparkan Yunus ke dalam laut, lalu angin ribut berhenti mengamuk dengan serta-merta.
16 Para anak kapal itu menjadi sangat takut akan TUHAN. Mereka mempersembahkan korban kepada TUHAN dan bernazar kepada-Nya.