6 Ketika raja Niniwe mendengar berita itu, raja segera turun dari takhtanya. Raja menanggalkan jubahnya dan memakai kain guni, lalu duduk di atas abu.
7 Raja juga mengisytiharkan perintah ini kepada penduduk kota Niniwe, “Inilah titah daripada raja dan para menteri: Semua orang, lembu, domba, dan binatang ternakan yang lain dilarang makan dan minum.
8 Manusia dan binatang mesti memakai kain guni. Setiap orang mesti berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah, dan berhenti melakukan perbuatan yang jahat dan kejam.
9 Mungkin Allah akan mengubah fikiran-Nya dan tidak murka lagi, maka kita tidak akan dibinasakan!”
10 Allah melihat perbuatan mereka; Dia nampak bahawa mereka tidak lagi berbuat jahat. Oleh itu Dia mengubah fikiran-Nya dan tidak melaksanakan hukuman yang dirancangkan-Nya terhadap mereka.