1 Yunus sama sekali tidak suka dengan perkara itu, lalu dia naik marah.
2 Kemudian dia berdoa, “Ya TUHAN, sebelum aku berangkat dari rumahku dahulu, tidakkah aku katakan bahawa Engkau pasti akan berbuat begini? Itulah sebabnya aku berusaha seberapa daya untuk lari ke Sepanyol! Aku tahu bahawa Engkau Allah yang penyayang dan pengasih, sentiasa sabar, lemah lembut, dan selalu bersedia untuk mengubah fikiran sehingga tidak menjatuhkan hukuman.
3 Sekarang, ya TUHAN, biarlah aku mati saja, kerana lebih baik aku mati daripada hidup.”
4 TUHAN menjawab, “Engkau tidak mempunyai alasan untuk menjadi marah.”
5 Kemudian Yunus pergi ke sebelah timur kota itu, dan duduk di sana. Dia membuat sebuah pondok, lalu berteduh di situ, sambil menunggu apa yang akan terjadi kepada kota Niniwe.