3 Sekarang, ya TUHAN, biarlah aku mati saja, kerana lebih baik aku mati daripada hidup.”
4 TUHAN menjawab, “Engkau tidak mempunyai alasan untuk menjadi marah.”
5 Kemudian Yunus pergi ke sebelah timur kota itu, dan duduk di sana. Dia membuat sebuah pondok, lalu berteduh di situ, sambil menunggu apa yang akan terjadi kepada kota Niniwe.
6 Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.
7 Tetapi pada waktu subuh keesokan harinya, atas perintah Allah seekor ulat menyerang tanaman itu sehingga layu.
8 Setelah matahari terbit, Allah mendatangkan angin panas yang bertiup dari timur. Yunus hampir pengsan kerana terik matahari yang seakan-akan membakar kepalanya. Oleh itu dia putus asa dan ingin mati, katanya, “Lebih baik aku mati daripada hidup!”
9 Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau tidak patut marah kerana tanaman itu!”Yunus menjawab, “Mengapa tidak? Memang aku patut marah sekali sampai mati.”