6 Pada masa itu TUHAN Allah menumbuhkan sejenis tanaman yang memberikan naungan kepada Yunus sehingga dia berasa selesa. Yunus sangat suka pada tanaman itu.
7 Tetapi pada waktu subuh keesokan harinya, atas perintah Allah seekor ulat menyerang tanaman itu sehingga layu.
8 Setelah matahari terbit, Allah mendatangkan angin panas yang bertiup dari timur. Yunus hampir pengsan kerana terik matahari yang seakan-akan membakar kepalanya. Oleh itu dia putus asa dan ingin mati, katanya, “Lebih baik aku mati daripada hidup!”
9 Tetapi Allah berfirman kepadanya, “Engkau tidak patut marah kerana tanaman itu!”Yunus menjawab, “Mengapa tidak? Memang aku patut marah sekali sampai mati.”
10 Kemudian TUHAN berfirman kepadanya, “Tanaman ini tumbuh dalam satu malam saja, dan layu pada hari berikutnya; engkau sama sekali tidak menumbuhkannya atau memeliharanya. Walaupun begitu, engkau berasa kasihan kepada tanaman ini.
11 Aku pasti lebih kasihan kepada Niniwe, kota yang besar itu kerana di situ terdapat lebih daripada 120,000 orang anak yang tidak tahu membezakan apa yang baik dan apa yang jahat, dan juga banyak sekali binatang.”