17 Aku bergembira dengan kedatangan Stefanus, Fortunatus, dan Akhaikus. Ketibaan mereka itu seolah-olah ketibaan kamu sendiri, kerana aku rindu akan kamu.
18 Mereka sungguh menggembirakan aku sebagaimana mereka sudah menggembirakan kamu. Orang seperti itu harus dihargai.
19 Kumpulan-kumpulan jemaah di Asia menyampaikan salam mereka kepada kamu. Akwila dan Priska serta jemaah yang berkumpul di rumah mereka pun mengirim salam Kristian yang mesra.
20 Semua saudara di sini menyampaikan salam mereka.Bersalam-salamanlah dengan mesra sebagai saudara-saudara Kristian.
21 Aku sendiri yang menulis salam ini: Salam daripada Paulus.
22 Terkutuklah orang yang tidak mengasihi Tuhan! Maranatha - Ya Tuhan kami, datanglah!
23 Semoga Tuhan Yesus memberkati kamu.