20 Ada tertulis juga, “Tuhan tahu bahawa fikiran orang bijak itu sia-sia.”
21 Oleh itu, janganlah seorang pun membanggakan perbuatan manusia. Sebenarnya semuanya sudah diberikan kepada kamu:
22 Paulus, Apolos, Petrus, dunia ini, kehidupan dan kematian, zaman ini ataupun zaman akan datang. Semuanya milik kamu,
23 dan kamu milik Kristus, dan Kristus milik Allah.