12 kami membanting tulang untuk mencari nafkah; kami membalas kutukan dengan berkat, dan bersabar apabila dianiaya.
13 Kami membalas cacian dengan kata-kata manis. Kami dianggap seperti sampah masyarakat; hingga saat ini kami masih dianggap sebagai sampah dunia.
14 Aku menulis hal ini kepada kamu bukanlah untuk mempermalukan kamu, tetapi untuk menasihati kamu seperti anak-anak sendiri yang aku kasihi.
15 Aku berkata demikian kerana sungguhpun sebagai orang Kristian kamu mungkin mempunyai sepuluh ribu orang pengasuh, tetapi kamu hanya mempunyai seorang bapa. Dalam hidup kamu sebagai orang yang bersatu dengan Kristus Yesus, aku menjadi seperti bapa kepada kamu, kerana aku yang membawa Berita Baik kepada kamu.
16 Oleh itu aku menggesa kamu supaya mengikut teladanku.
17 Bagi tujuan itu aku mengutus Timotius kepada kamu. Sebagai pengikut Kristus, dia seperti anakku sendiri yang aku kasihi, dan dia dapat dipercayai. Dia akan mengingatkan kamu cara hidup yang aku ikuti setelah aku percaya kepada Kristus Yesus, iaitu cara hidup yang aku ajarkan kepada jemaah di mana-mana.
18 Beberapa orang di kalangan kamu menjadi sombong, kerana mereka menyangka aku tidak akan melawat kamu.