17 Bagi tujuan itu aku mengutus Timotius kepada kamu. Sebagai pengikut Kristus, dia seperti anakku sendiri yang aku kasihi, dan dia dapat dipercayai. Dia akan mengingatkan kamu cara hidup yang aku ikuti setelah aku percaya kepada Kristus Yesus, iaitu cara hidup yang aku ajarkan kepada jemaah di mana-mana.
18 Beberapa orang di kalangan kamu menjadi sombong, kerana mereka menyangka aku tidak akan melawat kamu.
19 Jika diperkenankan Tuhan, aku akan melawat kamu tidak lama lagi. Lalu aku akan melihat apa yang dapat dilakukan oleh mereka yang sombong itu, bukan hanya apa yang dikatakan oleh mereka.
20 Aku berkata demikian kerana Pemerintahan Allah dalam kehidupan seseorang dinyatakan oleh kekuatan hidupnya dan bukan oleh kata-katanya.
21 Yang manakah pilihan kamu? Haruskah aku datang kepada kamu untuk mengajar dengan keras, atau datang untuk mengajar dengan kasih sayang dan kelembutan?