18 Beberapa orang di kalangan kamu menjadi sombong, kerana mereka menyangka aku tidak akan melawat kamu.
19 Jika diperkenankan Tuhan, aku akan melawat kamu tidak lama lagi. Lalu aku akan melihat apa yang dapat dilakukan oleh mereka yang sombong itu, bukan hanya apa yang dikatakan oleh mereka.
20 Aku berkata demikian kerana Pemerintahan Allah dalam kehidupan seseorang dinyatakan oleh kekuatan hidupnya dan bukan oleh kata-katanya.
21 Yang manakah pilihan kamu? Haruskah aku datang kepada kamu untuk mengajar dengan keras, atau datang untuk mengajar dengan kasih sayang dan kelembutan?