1 Sebenarnya aku menerima laporan bahawa perbuatan cabul yang keterlaluan berlaku di kalangan kamu. Orang yang tidak mengenal Tuhan pun tidak melakukannya. Aku diberitahu bahawa seorang lelaki berzina dengan ibu tirinya!
2 Meskipun demikian, kamu masih membanggakan diri! Sebaliknya kamu seharusnya berdukacita, dan kamu harus memastikan bahawa orang yang sudah melakukan perbuatan itu dibuang daripada kalangan kamu.
3-4 Meskipun aku jauh daripada kamu secara lahir, tetapi secara batin aku bersama-sama kamu. Oleh itu dengan kekuasaan Tuhan Yesus, aku menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan perbuatan sekeji itu. Pada waktu kamu berkumpul, anggaplah aku hadir antara kamu secara batin, dan dengan kuasa Tuhan kita Yesus,
5 kamu harus menyerahkan orang itu kepada Iblis supaya tubuhnya dibinasakan. Dengan demikian rohnya boleh diselamatkan pada hari Tuhan datang kembali.