13 Oleh itu, hendaklah kamu bersiap sedia. Berwaspadalah dan berharaplah dengan sepenuhnya akan berkat yang diberikan kepada kamu apabila Yesus Kristus datang kembali.
14 Taatlah kepada Allah, dan jangan hidup menurut keinginan kamu yang dahulu, ketika kamu masih belum mengenal Allah.
15 Sebaliknya, hendaklah kamu suci dalam segala sesuatu yang kamu lakukan, sebagaimana Allah yang memanggil kamu itu suci.
16 Di dalam Alkitab tertulis, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”
17 Kamu memanggil Allah itu Bapa, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dia Allah yang menghakimi manusia menurut perbuatan masing-masing dan Dia tidak berat sebelah. Oleh itu hendaklah kamu menghormati Dia selama kamu hidup di dunia.
18 Kamu mengetahui apa yang telah dibayarkan untuk membebaskan kamu daripada kehidupan sia-sia yang kamu warisi daripada nenek moyang kamu. Bayarannya bukanlah sesuatu yang dapat dimusnahkan seperti perak atau emas,
19 tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri, yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela.