15 Sebaliknya, hendaklah kamu suci dalam segala sesuatu yang kamu lakukan, sebagaimana Allah yang memanggil kamu itu suci.
16 Di dalam Alkitab tertulis, “Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci.”
17 Kamu memanggil Allah itu Bapa, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dia Allah yang menghakimi manusia menurut perbuatan masing-masing dan Dia tidak berat sebelah. Oleh itu hendaklah kamu menghormati Dia selama kamu hidup di dunia.
18 Kamu mengetahui apa yang telah dibayarkan untuk membebaskan kamu daripada kehidupan sia-sia yang kamu warisi daripada nenek moyang kamu. Bayarannya bukanlah sesuatu yang dapat dimusnahkan seperti perak atau emas,
19 tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri, yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela.
20 Dia dipilih oleh Allah sebelum dunia ini diciptakan. Oleh itu menjelang akhir zaman ini, Dia datang untuk menyelamatkan kamu.
21 Melalui Dialah kamu percaya kepada Allah, yang sudah membangkitkan Dia daripada kematian dan memuliakan-Nya. Oleh itu, sekarang kamu percaya kepada Allah dan berharap kepada-Nya dengan sepenuhnya.