9 Teguhkanlah iman dan lawanlah Iblis, kerana kamu tahu bahawa saudara-saudara sesama Kristian lainnya di seluruh dunia, juga mengalami penderitaan yang sama.
10 Tetapi setelah kamu menanggung penderitaan untuk sementara waktu, Allah sendiri akan menyempurnakan kamu. Dia akan menegakkan, menguatkan, dan mengukuhkan kamu, kerana Dia Allah yang sangat baik hati dan yang sudah memanggil kamu untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus.
11 Dialah yang berkuasa selama-lamanya! Amin.
12 Suratku yang ringkas ini aku tulis kepada kamu dengan pertolongan Silas, yang aku anggap sebagai seorang saudara Kristian yang setia. Aku ingin menggalakkan kamu dan memberikan kesaksianku bahawa apa yang aku tulis ini berkenaan dengan rahmat Allah untuk kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersandar kepada rahmat-Nya.
13 Jemaah di Babel yang juga dipilih oleh Allah, mengirim salam kepada kamu, demikian juga anakku Markus.
14 Bersalam-salamanlah dengan penuh kasih sayang.Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada kamu semua yang menjadi milik Kristus.