1 Akhirnya kerinduan kami tidak tertahan lagi. Oleh itu kami membuat keputusan untuk tinggal sendirian di Atena,
2 sementara kami mengutus Timotius, saudara kita. Dia hamba Allah yang bekerja bersama-sama kami untuk mengkhabarkan Berita Baik tentang Kristus. Kami mengutus dia untuk menggalakkan kamu dan meneguhkan kepercayaan kamu kepada Kristus.
3 Dengan demikian tidak seorang pun daripada kamu meninggalkan Kristus kerana penganiayaan itu. Kamu sendiri tahu bahawa penganiayaan itu sebahagian daripada kehendak Allah bagi kita.
4 Semasa kami bersama-sama kamu, kami telah memberitahu kamu terlebih dahulu bahawa kita akan dianiaya. Sekarang kamu sendiri tahu bahawa hal itu benar-benar berlaku.
5 Itulah sebabnya aku mengutus Timotius, kerana aku ingin sekali mengetahui hal kepercayaan kamu kepada Kristus. Aku khuatir kalau-kalau Iblis sudah menggoda kamu sehingga segala usaha kami sia-sia.