6 Sekarang Timotius sudah kembali, dan dia membawa khabar baik bahawa kamu masih percaya kepada Kristus dan bahawa kamu saling mengasihi. Dia memberitahu kami bahawa kamu sentiasa gembira apabila mengenang kami dan kamu ingin berjumpa dengan kami seperti kami pun ingin berjumpa dengan kamu.
7 Itulah sebabnya, saudara-saudara seiman, dalam segala kesusahan dan penderitaan kami, kami terhibur oleh berita tentang kamu. Kepercayaan kamu kepada Kristus menggalakkan kami,
8 kerana sekarang kami berasa sungguh-sungguh hidup, jika kamu tetap teguh bersatu dengan Tuhan.
9 Sekarang kami sangat bersyukur kepada Allah kerana kamu. Kami bersyukur kepada Allah bagi kegembiraan yang kami alami di hadirat-Nya kerana kamu.
10 Siang malam kami memohon kepada-Nya dengan sepenuh hati, supaya kami sendiri boleh berjumpa dengan kamu, dan melengkapkan apa yang masih kamu perlukan untuk percaya kepada Kristus.
11 Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan kita Yesus, membuka jalan bagi kami untuk berjumpa dengan kamu!
12 Semoga Tuhan menyebabkan kamu semakin saling mengasihi dan semakin mengasihi semua orang, sehingga kasih kamu kepada orang lain seperti kasih kami kepada kamu.