12 Akibatnya, semua orang yang tidak percaya kepada berita benar daripada Allah, tetapi menyukai dosa akan dihukum.
13 Kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah bagi kamu, saudara-saudara yang dikasihi Tuhan. Hal itu demikian kerana Allah telah memilih kamu antara orang yang terdahulu sekali diselamatkan-Nya. Dengan kuasa Roh-Nya dan dengan kepercayaan kamu kepada berita benar daripada Allah, Allah telah menjadikan kamu umat-Nya yang suci.
14 Allah memanggil kamu melalui Berita Baik yang kami khabarkan kepada kamu. Dia memanggil kamu supaya ikut memiliki kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus.
15 Oleh itu, saudara-saudaraku, kamu harus tetap percaya dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang telah kami sampaikan, baik secara lisan mahupun bertulis.
16-17 Allah Bapa kita mengasihi kita, dan kerana rahmat-Nya Dia menyebabkan kita sentiasa tabah mengharapkan yang baik. Semoga Dia dan Tuhan kita Yesus Kristus sendiri menggalakkan kamu dan menguatkan kamu untuk melakukan dan mengatakan yang baik.