4 Dia akan melawan semua yang disebut tuhan. Dia menganggap dirinya lebih berkuasa daripada semua yang disembah oleh manusia. Bahkan dia akan masuk ke Rumah Allah dan duduk di situ serta mengisytiharkan dirinya sebagai Allah.
5 Ingatlah bahawa aku pernah memberitahu kamu semua itu semasa aku bersama-sama kamu.
6 Namun kamu tahu bahawa ada sesuatu yang menghalang perkara itu daripada berlaku sekarang ini. Manusia Jahat itu akan menampilkan diri pada masa yang ditentukan oleh Allah.
7 Kekuasaan yang melakukan kejahatan sudah mula bertindak secara rahsia. Tetapi perkara yang akan berlaku itu tidak akan terjadi, selagi yang menahannya tidak disingkirkan.
8 Kemudian Manusia Jahat itu akan kelihatan, tetapi apabila Tuhan Yesus datang, Dia akan membunuh Manusia Jahat itu dengan nafas dari mulut-Nya, dan membinasakannya dengan kegemilangan hadirat-Nya.
9 Manusia Jahat itu akan datang dengan kuasa Iblis. Dia akan melakukan segala macam mukjizat dan keajaiban yang menyesatkan orang.
10 Dia akan menggunakan segala tipu muslihat jahat untuk menyesatkan semua orang yang akan binasa. Mereka akan binasa kerana tidak mahu menerima atau menghargai berita benar daripada Allah yang dapat menyelamatkan mereka.