6 Janganlah biarkan sesiapa pun menipu kamu dengan kata-kata dusta, kerana hal-hal inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah terhadap mereka yang tidak taat kepada-Nya.
7 Oleh itu janganlah sekali-kali berhubungan dengan orang semacam itu.
8 Dahulu kamu hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan, maka kamu hidup dalam cahaya. Itulah sebabnya kamu mesti hidup seperti orang yang hidup dalam cahaya,
9 kerana cahaya itulah yang menyebabkan orang melakukan segala sesuatu yang baik, adil, dan tulus.
10 Berusahalah untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan.
11 Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu. (
12 Sebenarnya hal-hal yang dilakukan mereka dengan diam-diam amat memalukan untuk dipercakapkan.)