18 Begitu juga kamu harus bersukacita kerana apa yang akan berlaku dan turut bergembira denganku.
19 Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan Yesus, aku dapat segera mengutus Timotius kepada kamu, supaya berita tentang kamu boleh menenteramkan hatiku.
20 Timotius satu-satunya orang yang sehati denganku, dan dia benar-benar mengambil berat tentang kamu.
21 Semua orang lain sibuk mengurus kepentingan sendiri dan bukan kepentingan Yesus Kristus.
22 Kamu sendiri tahu bahawa Timotius sudah membuktikan betapa baik keperibadiannya. Aku dan Timotius sama seperti bapa dengan anak, yang sudah bekerja bersama-sama untuk menyebarkan Berita Baik.
23 Oleh itu aku bercadang mengutus dia kepada kamu, sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku.
24 Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan, aku sendiri akan dapat mengunjungi kamu tidak lama lagi.