2 Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama.
3 Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri.
4 Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri.
5 Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus:
6 Sebenarnya Dia ilahi,tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya.
7 Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya,lalu menjadi seperti seorang hamba.Dia datang sebagai manusia,dan hidup seperti manusia.
8 Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati -iaitu mati di atas salib.