11 Aku berkata seperti itu bukan kerana aku berkekurangan; aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit.
12 Aku sudah mengalami hidup serba kekurangan dan juga lebih daripada kecukupan. Aku mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan. Aku berpuas hati baik ketika kenyang ataupun lapar, baik ketika hidup mewah ataupun berkekurangan.
13 Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.
14 Tetapi kamu sudah menolong aku dalam kesusahanku; perbuatan kamu itu baik.
15 Kamu yang tinggal di Filipi benar-benar tahu bahawa ketika aku meninggalkan Makedonia, pada waktu aku mula mengkhabarkan Berita Baik di situ, kamulah satu-satunya jemaah yang menolong aku. Hanya kamu yang mengalami untung rugi bersama-sama aku.
16 Semasa aku di Tesalonika dan memerlukan bantuan, lebih daripada sekali kamu mengirim bantuan kepadaku.
17 Aku tidak ingin menerima pemberian sahaja, tetapi aku ingin melihat keuntungan dimasukkan ke dalam akaun kamu.