23 Anak Abraham daripada abdi wanita, dikandung dan dilahirkan seperti anak-anak lain. Tetapi anak Abraham daripada wanita bebas itu, lahir kerana dijanjikan oleh Allah.
24 Peristiwa itu dapat digunakan sebagai kiasan. Kedua-dua orang wanita itu ibarat dua perjanjian. Hagar melambangkan perjanjian yang dibuat di Gunung Sinai, dan anak-anaknya dilahirkan sebagai abdi.
25 Jika orang bercakap tentang Hagar, mereka bercakap tentang Gunung Sinai, di negeri Arab. Hagar juga melambangkan kota Yerusalem dengan semua penduduknya yang sekarang ini sudah menjadi abdi.
26 Tetapi Yerusalem yang di syurga itu bebas. Yerusalem itu seperti ibu kita.
27 Di dalam Alkitab tertulis,“Berbahagialah kamu, hai wanita mandul!Bersorak-sorailah dan bersukacitalah, hai kamu yang tidak pernah merasakan sakit bersalin!Wanita yang ditinggalkan suaminya akan mendapat lebih banyak anakdaripada wanita yang hidup dengan suaminya.”
28 Saudara-saudaraku, kamu anak-anak Allah yang dilahirkan kerana janji-Nya; sama seperti Ishak.
29 Pada masa itu, anak yang dilahirkan oleh Hagar menganiaya anak yang dilahirkan kerana janji yang dibuat oleh Roh Allah. Demikian juga sekarang.