3 Fikirkanlah betapa beratnya penderitaan yang dialami oleh Yesus, kerana orang berdosa sangat membenci Dia! Oleh itu janganlah berkecil hati dan putus asa.
4 Dalam perjuangan kamu melawan dosa, kamu belum pernah melawan sehingga dibunuh.
5 Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya:“Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu,dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.
6 Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya,dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak.”
7 Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya?
8 Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram.
9 Di dunia ini kita mempunyai bapa. Mereka menghukum kita, dan kita menghormati mereka. Oleh itu, kita harus menerima hukuman yang dikenakan oleh Bapa kita yang di syurga, supaya kita hidup.