1 Hai kamu yang menjadi tuan kepada abdi, perlakukanlah abdi dengan baik dan adil. Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai Tuan di syurga.
2 Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada, sambil bersyukur kepada Allah.
3 Berdoalah juga bagi kami, supaya Allah memberi kami peluang baik untuk mengisytiharkan berita tentang rahsia Kristus. Kerana hal itulah, sekarang aku dipenjarakan.
4 Berdoalah supaya aku dapat menyampaikan berita itu dengan sejelas-jelasnya, kerana hal itulah yang mesti aku lakukan.
5 Hendaklah kamu bijaksana dalam hubungan dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, dan gunakan setiap peluang dengan sebaik-baiknya.