47 Apabila orang buta itu mendengar bahawa yang sedang lalu di situ adalah Yesus orang Nasaret, dia mula berseru, “Yesus, Anak Daud! Kasihanilah hamba!”
48 Orang ramai memarahi dia dan menyuruh dia diam. Tetapi lebih keras lagi dia berseru, “Anak Daud, kasihanilah saya!”
49 Yesus berhenti lalu berkata, “Panggillah dia.”Mereka memanggil orang buta itu. “Jangan kecil hati!” kata mereka. “Bangunlah, Yesus memanggil kamu.”
50 Orang buta itu pun melempar jubahnya, lalu melompat dan pergi kepada Yesus.
51 Yesus bertanya kepadanya, “Apakah yang kamu mahu Aku lakukan untukmu?”Orang buta itu menjawab, “Guru, saya ingin melihat.”
52 “Pergilah,” kata Yesus, “kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku.”Pada saat itu juga orang itu dapat melihat, lalu dia mengikut Yesus di jalan.