6 Tetapi pada mula-mulanya, pada waktu Allah menciptakan manusia, ada dikatakan bahawa ‘Allah menjadikan mereka lelaki dan perempuan.
7 Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya lalu bersatu dengan isterinya,
8 dan kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang tetapi satu.
9 Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia!”
10 Setelah mereka pulang ke rumah, pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus tentang hal itu.
11 Yesus berkata kepada mereka, “Seorang lelaki yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina terhadap isterinya yang pertama.
12 Demikian juga seorang wanita yang menceraikan suaminya lalu berkahwin dengan lelaki lain, pun berzina.”