29 Yesus menjawab, “Aku akan bertanya satu soalan sahaja kepada kamu. Jawablah dan Aku akan memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.
30 Katakanlah, dengan hak siapakah Yohanes membaptis orang? Dengan hak Allah atau manusia?”
31 Mereka mula berbincang sesama sendiri, “Apakah yang akan kita katakan? Jika kita menjawab, ‘Dengan hak Allah,’ Dia akan berkata, ‘Mengapakah kamu tidak percaya kepada Yohanes?’
32 Tetapi jika kita berkata, ‘Dengan hak manusia . . .’ ” (Mereka takut akan orang ramai, kerana semua orang berpendapat bahawa Yohanes seorang nabi.)
33 Oleh itu mereka menjawab, “Kami tidak tahu.”Yesus berkata kepada mereka. “Jika demikian Aku pun tidak mahu memberitahu kamu dengan hak siapa Aku melakukan perkara-perkara ini.”