62 Yesus menjawab, “Ya! Kamu semua akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa, serta datang dikelilingi awan dari langit!”
63 Imam Agung mengoyakkan pakaiannya dan berkata, “Kita tidak memerlukan saksi lagi!
64 Kamu sudah mendengar dia mengkufuri Allah! Apakah keputusan kamu?”Mereka semua mengambil keputusan bahawa Yesus memang bersalah dan mesti dihukum mati.
65 Beberapa orang mula meludahi Yesus. Mereka menutupi mata-Nya dan memukul Dia. “Tekalah,” kata mereka, “siapa yang memukul kamu?” Pengawal-pengawal di situ pun menampar Dia.
66 Petrus masih di halaman apabila salah seorang hamba perempuan Imam Agung datang.
67 Apabila dia nampak Petrus berdiang, dia mengamati Petrus dan berkata, “Kamu juga bersama-sama Yesus orang Nasaret itu.”
68 Tetapi Petrus menafikannya. Dia berkata, “Aku tidak tahu dan tidak faham akan apa yang kamu katakan.” Lalu dia pergi ke pintu masuk halaman itu. Pada ketika itu, ayam berkokok.