1 Pada pagi-pagi sekali, para ketua imam, pemimpin masyarakat Yahudi, guru Taurat, dan anggota-anggota lain daripada Majlis Agama bermesyuarat untuk membuat beberapa rancangan. Mereka mengikat Yesus, lalu membawa Dia pergi untuk diserahkan kepada Pilatus.
2 Pilatus bertanya kepada Yesus, “Betulkah kamu raja orang Yahudi?”Yesus menjawab, “Begitulah yang tuan katakan.”
3 Ketua-ketua imam melemparkan banyak tuduhan terhadap Yesus.
4 Lalu Pilatus bertanya lagi kepada Yesus, “Tidak mahukah kamu menjawab? Lihatlah betapa banyaknya tuduhan yang dilemparkan oleh mereka terhadapmu!”
5 Sekali lagi Yesus tidak mahu menjawab sepatah pun, sehingga Pilatus merasa hairan.
6 Pada tiap-tiap Perayaan Paska, Pilatus biasanya membebaskan seorang tahanan yang dikehendaki orang ramai.
7 Pada masa itu, seorang bernama Barabas ada di dalam penjara bersama dengan semua pemberontak lain yang telah melakukan pembunuhan pada masa kerusuhan.