19 Mereka memukul kepala-Nya dengan kayu, meludahi-Nya serta sujud di hadapan-Nya.
20 Setelah mereka mempermainkan Yesus, mereka menanggalkan jubah ungu itu lalu mengenakan pakaian-Nya semula. Kemudian mereka membawa Yesus ke luar untuk disalib.
21 Di tengah jalan mereka berjumpa dengan seorang bernama Simon. Dia baru datang dari kampung dan sedang memasuki bandar. Askar-askar memaksa dia memikul salib Yesus. (Simon berasal dari Kirene; dia bapa Aleksander dan Rufus.)
22 Mereka membawa Yesus ke tempat bernama Golgota, yang bermakna “Tempat Tengkorak.”
23 Di situ mereka cuba memberikan wain yang bercampur mur kepada Yesus, tetapi Dia tidak mahu meminumnya.
24 Kemudian mereka menyalibkan Dia, lalu membahagi-bahagikan pakaian-Nya di kalangan mereka dengan membuang undi untuk menentukan bahagian masing-masing.
25 Mereka menyalibkan Dia pada pukul sembilan pagi.