1 Yesus meninggalkan tempat itu, lalu pulang bersama dengan pengikut-pengikut-Nya ke kampung halaman-Nya.
2 Pada hari Sabat Dia mula mengajar di rumah ibadat. Orang di situ sangat banyak. Apabila mereka mendengar ajaran Yesus, mereka semua hairan. Mereka berkata, “Dari manakah dia memperoleh semuanya ini? Kebijaksanaan apakah yang ada padanya? Bagaimanakah dia dapat melakukan mukjizat?
3 Bukankah dia ini tukang kayu, anak Maria dan juga saudara Yakobus, Yoses, Yudas, dan Simon? Bukankah saudara-saudara perempuannya tinggal di sini?” Oleh itu mereka tidak mahu menerima Dia.
4 Yesus berkata kepada mereka, “Seorang nabi dihormati di mana-mana tempat, kecuali di kampung halamannya dan antara sanak saudaranya serta keluarganya sendiri.”