10 Yesus juga berkata, “Di setiap tempat kamu disambut, tinggallah di rumah yang sama sehingga kamu meninggalkan kota itu.
11 Tetapi jika kamu tiba di suatu tempat lalu penduduk di situ tidak mahu menerima kamu atau mendengar kata-kata kamu, tinggalkanlah kota itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu sebagai amaran kepada mereka!”
12 Demikianlah dua belas orang pengikut Yesus pergi dan menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat daripada dosa.
13 Mereka mengusir roh jahat, menyapukan minyak zaitun pada orang sakit, dan menyembuhkan mereka.
14 Raja Herodes mendengar segala kejadian itu, kerana nama Yesus sudah terkenal di semua tempat. Ada orang berkata, “Yohanes Pembaptis sudah hidup semula! Itulah sebabnya dia mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat.”
15 Tetapi yang lain berkata, “Dia Elia.”Ada pula yang berkata, “Dia itu nabi, seperti salah seorang nabi zaman dahulu.”
16 Ketika mendengar hal itu, Raja Herodes bertitah, “Dialah Yohanes Pembaptis! Dengan perintah beta, kepalanya sudah dipancung, tetapi dia hidup semula!”