43 Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.
44 Jumlah orang lelaki yang makan roti itu kira-kira lima ribu orang.
45 Yesus segera menyuruh pengikut-pengikut-Nya pergi terlebih dahulu dengan perahu ke Betsaida di seberang tasik, sementara Dia menyuruh orang ramai pulang.
46 Setelah Yesus melihat orang ramai itu pergi, Dia pun pergi ke bukit untuk berdoa.
47 Apabila hari sudah malam, perahu pengikut-pengikut Yesus sudah ada di tengah-tengah tasik, sedangkan Yesus seorang diri di darat.
48 Yesus nampak pengikut-pengikut-Nya bersusah payah mendayung perahu kerana angin bertiup dari arah yang berlawanan. Oleh itu, kira-kira antara pukul tiga dan enam pagi, Dia berjalan di atas air dan menghampiri mereka. Yesus hendak mendahului mereka,
49 tetapi mereka nampak Dia berjalan di atas air. “Hantu!” teriak mereka.