5 Oleh itu semua orang Farisi dan guru Taurat di situ bertanya kepada Yesus, “Mengapakah pengikutmu tidak menurut adat istiadat nenek moyang kita? Mengapakah mereka makan dengan tangan yang tidak dibasuh?”
6 Yesus menjawab, “Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya, tatkala dia bernubuat tentang kamu! Kamu munafik, seperti yang dituliskan oleh Yesaya di dalam kitabnya,‘Demikianlah firman Allah:Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata,tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku.
7 Sia-sialah mereka menyembah Aku,kerana peraturan manusia diajarkan oleh merekaseolah-olah peraturan itu hukum Allah!’
8 Kamu tidak mempedulikan perintah Allah supaya kamu dapat menurut ajaran manusia.”
9 Yesus berkata pula, “Cerdik sekali cara kamu menolak perintah Allah untuk mempertahankan ajaran kamu sendiri.
10 Musa memberikan perintah ini, ‘Hormatilah ibu bapamu,’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati.’
11 Tetapi kamu memberikan ajaran berikut: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang seharusnya saya gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya jadikan Korban. Semuanya sudah saya persembahkan kepada Allah.’