4 Simon, Si Patriot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.
5 Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, “Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria.
6 Pergilah kepada orang Israel, yang seperti domba yang sesat.
7 Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’
8 Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran!
9 Janganlah bawa wang emas, perak, ataupun tembaga.
10 Janganlah bawa beg sedekah, atau baju ganti, atau kasut, atau tongkat dalam perjalanan kamu. Seorang pekerja layak menerima apa yang diperlukannya.